![]() |
Source Extracted from Google |
Orang dah pung pang pung pang bercerita tentang Raisha Rania @ Felixia Yeap...Ha ha ha... Iolss baru terhegeh2 nak up story ni... And for sure bukan bermaksud "nak jugakkkk"....Cuma sebagai seorang yang dilahirkan Muslim dan seorang Muslim... Iolss rasa gembira kerana kita menerima satu lagi saudara baru di dalam agama kita... Welcome to Islam....
Menurut sumber di SINI
Raisha Rania. Cantik nama itu. Iolss pun rasa cantik nama tu. Raisha membawa maksud "pemimpin raja", sementara Rania pula membawa maksud "mempersona". Kiranya gabungan nama Islam Felixia Yeap ini membawa maksud "pemimpin yang mempersona". Cantik. Sesuai dengan orangnya. Panggil Raisha pun sedap didengar, panggil Rania pun best jugak. Tapi iolss prefer Raisha...Ahakss over macam lah iolss kenal dan boleh jumpa dengan dia kannn???
So weolls semua tau dan rata2 orang tau yang Felixia Yeap dah pun selamat memeluk agama Islam semalam. Bertempat di sebuah masjid di TTDI, Felixia telah mengucap 2 kalimah syahadah kira2 jam 6.30 pm dengan ditemani oleh ahli keluarga dan rakan2. Tiada media yang hadir kerana Felixia enggan mendapat liputan di hari penuh bersejarahnya itu.
Alhamdulillah syukran Allah memberi Raisha Rania hidayah untuk memeluk agama Islam. Semoga menjadi muslimah beristiqomah menjadi muslimah.
*Seronok menerima saudara baru dalam Islam... ^_^... tapi dalam masa yang sama, usahlah kita lupa akan diri kita... Raisha Rania telah memeluk Islam dari agama lain... dan mungkin akan menjadi seorang muslimah yang lebih baik dari kita dari segi amalan serta amal ibadah... Kita juga boleh menjadi yang lebih baik dari segi amalan serta amal ibadah kita... Bila ada berita kedatangan saudara baru sebegini, jangan lupa kita fikir2kan juga di tahap manakah kita berdiri di sisi Allah SWT sekarang ini... Semoga kita terus sama2 istiqomah serta diberikan petunjuk serta hidayah dalam memperbaiki diri kita sendiri terhadap Allah SWT... In Shaa Allah...Mudah2an amin... Sama2 kita berdoa untuk kita semua sama2.... Termasuk Raisha Rania