Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Susu Kambing Nutrigoat Miracle 8 & Me... ^_^

$
0
0
I am a lactose intolerant person!!! Saya adalah seorang pesakit (erkss kira pesakit ker???) lactose intolerant... Apa itu lactose intolerant, kisah lactose intolerant, maklumat serta info lanjut tentang lactose intolerant uolss boleh baca di entri iolss pada 2 Mei 2013 di SINI ... Ahakss maaf tengah tak rajin nak copy paste entri lama ke entri baru buat masa sekarang ni memandangkan tanggungjawab di office dah semakin bertambah, dari menjaga Pink Panther seorang kini dah meningkat ke 4 boss uolss... Hu hu hu... Buat sementara waktu kerana masalah2 dalaman office yang tak dapat dielakkan... Kaki dan tangan tak cukup secara tiba2...sorang on maternity leave dan sorang lagi ca rik but begitu sahaja walaupun last date of service setelah tender is end of this month...Hurmmm... 

Ok, apa yang terjadi kepada saya kalau minum susu lembu??? Hu hu hu, sedari baby uolss sedari baby... Iolss is ISOMIL baby ok??? Nasiblah Ash bukan lactose intolerant...elok jer dia minum susu formula ANMUM tu...wakakakakaka.... Ha yang ni dia tak menurun... Mungkin ikut abahnya tu...semua pun jalann...Bagus anak Mummy...thumbs up...Mummy Ash ni banyak pilih2nya... Honest ok honest... Iolss memang suka honest pun, dari segi percakapan, perlakuan serta perbuatan... Ha ha ha...tak reti nak main wayang kulit ni uolss...Apa yang jadi, apa yang iolss rasa itulah dia iolss throw out... Eh...panjang pulak meleret kannn??? So... kalau iolss minum susu lembu... iolss akan keluarkan balik a.k.a. vomit it out... lepas tu automatically selepas beberapa minit, muka akan jadi birat atau biru... uhukss teruk kann??? Kesian kann??? Apa tak kesian??? Tak apa, iolss pun tak mintak orang kesiankan iolss...ha ha ha... 

Makanya, memandangkan ramai orang kata Susu Kambing Nutrigoat Miracle 8 ni adalah bagus dan terbaik dan ada yang suruh iolss mencuba... Iolss telah bersetuju untuk mencuba uolss..Mana tau boleh jalan pulak kannn??? Lepas ni bolehlah merasa minum susu pure macam tu jer and tak rasa ralat sebab tak dapat minum susu pure...Erks...ralat ker??? Tak adalah bila tengok orang lain minum macam sedap jer, nak jugak teringin jugak untuk menikmati susu pure seperti orang lain... Pelik tak keinginan...Dan sebenarnya ia adalah cabaran kepada diri iolss untuk buat sesuatu kelainan kepada diri sendiri...Ha ha ha, cabaranlah sangat kannn??? Tapi tak ada salahnya pun, janji tak cuit kehidupan sesiapa dan tak menyusahkan sesiapa... *_^...Iolss kan jenis yang always challenge myself kepada sesuatu yang baru... Macam tulah lebih kurang... 

So, apa yang buatkan iolss nak cuba sangat Susu Kambing Nutrigoat Miracle 8 ni??? Susu Kambing Nutrigoat Miracle 8 adalah merupakan susu kambing asli yang diperkayakan dengan 8 makanan tambahan sunnah untuk kesihatan secara menyeluruh uolss... 

8 makanan tambahan sunnah itu adalah...

Kismis
Mengandungi zat besi, potassium, magnesium, kalsium serta vitamin B1, B3 dan B6. Sangat bagus untuk pelajar. Melindungi hati, memulihkan keletihan saraf. 

Madu
Ia adalah makanan segala makanan, minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas. Membuka selera, menguatkan perut dan membuang kahak.

Saffron / Za'faran
Membantu proses penghadaman, menguatkan ingatan, mencerdaskan minda (sesuai untuk pelajar), melancarkan pengaliran darah, mengawal tekanan darah dan kolestrol (kena bagi Pink Panther ni, sebab kolestrol dia tinggi, tiap hari kena telan ubat kolestrol), mengurangkan keletihan, menambahkan selera makan kanak2.

Habbatussauda
Menguatkan sistem imunisasi badan. Menurunkan kadar gula dalam darah. Menstabilkan tekanan darah tinggi atau darah rendah. Mencegah kanser.

Buah Zaitun
Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan (I loikee), merawat radang perut. Mencegah kanser dan serangan jantung. Mengandungi vitamin E. Merendahkan kolestrol jahat (kolestrol LDL).

Buah Delima
Anti oksidan, melindungi jantung, menurunkan kadar kolestrol LDL dan meningkatkan kolestrol HDL (kolestrol baik), memperlambatkan penyakit Alzheimer, bagus untuk wanita mengandung untuk memperoleh anak yang cerdas.

Buah Tin
Mengandungi Kalium, Omega 3 dan Omega 6, meningkatkan memori otak, mencegah anemia, mengurangkan risiko kanser payudara.

Bila iolss baca tentang kandungan serta khasiatnya Susu Kambing Nutrigoat Miracle 7 ni, terus terbuka hati untuk challenge myself mencuba untuk minum susu kambing ni. Kalau alah dengan susu lembu tak semesti alah dengan susu kambing kann??? Makanya, tak salah mencuba kann??? Lagipun ramai di antara rakan2 yang dah mencuba dan menyatakan keberkesanan susu kambing ni kepada mereka... 

Kalau uolss nak info lebih lanjut boleh melawat ke blog Ben Ashaari dengan klik pada pautan INI

Bagi yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut , boleh saja ke : 

Hotline : 019-3497868

Agak teruja nak cuba Susu Kambing Nutrigoat Miracle 8 ni...tapi tak decide lagi sama ada nak mencuba ketika waktu berbuka puasa atau bersahur nanti...Rasa2nya nak mencuba ketika bersahur dan melihat keberkesanannya... ^_^... 
Nanti bila dah mencuba, In Shaa Allah, iolss kongsikan bersama uolss pengalaman sebenar yang tak ada tipu2 punya dari iolss setelah consume Susu Kambing Nutrigoat Miracle 8 ni ek??? 

Till then, cheerios for now peeps!!!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Latest Images